Rabu, 24 April 2013

CERAMAH KEPIMPINAN SMK DATO ONN, SIMPANG LIMA, BATU PAHAT.





Assalamu'alaikum,

Pada 20 April 2013 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah diundang sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menjana Pemimpin Cemerlang. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (8.00 pagi hingga 10.00 pagi) dihadiri oleh 160 orang pengawas sekolah, di Dewan SMK Dato Onn, Simpang Lima, Batu Pahat. 
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Pengetua, Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit HEM dan semua guru SMK Dato Onn yang terlibat, atas undangan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Isnin, 15 April 2013

SEMINAR BIMBINGAN INTENSIF DAN TEMUDUGA MEdSI 2013



Simulasi Ujian MEdSI & INSAK






Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Program Seminar Bimbingan Intensif dan Temuduga MEdSI kembali lagi dan kali ini kami beraksi di Dewan Mini Koperasi Anggota-Anggota Kerajaan, Batu Pahat, pada 13 April (Sabtu) 2013. Seminar dan bengkel ini memberi penekanan terhadap aspek utama untuk sukses dalam Ujian dan temuduga MEdSI, iaitu Kerjaya Pendidik, Apa itu MEdSI, Kompenan MEdSI, Persedian Menghadapi MEdSI dan Temuduga. Simulasi menjawab Ujian MEdSI dan juga simulasi temuduga MEdSI diberikan kepada peserta.

Terima kasih kepada warga pelaksana program dan peserta yang hadir. Semoga perkongsian sebegini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang.

Isnin, 8 April 2013

KURSUS BIMBINGAN INTENSIF MEdSI & TEMUDUGA KE PROGRAM ISMP (IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN) 2013



Assalamu'alaiku Wr. Wb.
Salam Sejahtera,

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ..... JOM MENDAFTAR SEKARANG, SELAGI KEKOSONGAN MASIH ADA. 
PENYERTAAN ADALAH TERHAD.....

Bimbingan Intensif MEdSI akan diadakan seperti ketentuan berikut :


Tarikh : 13 April 2013 (Siri Ke-2)
Hari : Sabtu,
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Mini Koperasi Anggota-Anggota Kerajaan Batu Pahat (KAAK),  No. 18 & 19, Jalan Bintang, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor.


Cara Mendaftar :

  1. SMS butiran diri : Nama, No. K.P dan No. Telefon kepada 0197520557 atau email butiran tersebut kepada mornidaud@hotmail.com
  2. Pendaftaran boleh juga dibuat secara "online" melalui website (di page MEdSI/INSAK/Pra Medik).
  3. Bank in yuran penyertaan ke akaun CIMB : 01140001338055
  4. Sila bawa slip transaksi bank sebagai bukti pembayaran semasa pendaftaran untuk pengesahan penyertaan
  5. Simulasi ujian MEdSI dan INSAK, akan diberikan.
Yuran Penyertaan : Hanya RM 50.00/seorang. Makanan disediakan. Peserta terhad untuk 150 orang sahaja. Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus dijalankan.