Jumaat, 20 Julai 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



Seluruh warga My Smart GW mengucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan  mengerjakan ibadah Puasa untuk tahun 1433H/2012M kepada semua umat islam dan khususnya kepada  para pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Teruskan usaha anda, semoga Ramadhan buat anda semua semakin bersemangat kental dan gigih.
 

Ahad, 15 Julai 2012

SELAMAT DATANG RAMADHAN






Kebiasaannya manusia begitu bersedia dan waspada dalam menghadapi sesuatu peristiwa atau tugas penting. Segala-galanya dipastikan tersedia dan siap siaga lebih awal. Sekaligus ia melambangkan sikap peribadi kita terhadap sesuatu yang besar dan penting itu.

Sebelum menghadapi peperiksaan kita bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Sebelum mendirikan rumahtangga kita lemas dalam menyediakan keperluan hidup. Sebelum sesuatu pertandingan sukan setengah orang bersungguh-sungguh membina kekuatan dan kemahiran fizikal.

Kini bulan Syaaban hampir kepenghujungnya. Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Bagaimana persediaan kita menghadapi bulan yang barakah itu?

Puasa yang diterima Allah ialah yang cukup syarat lahir dan batinnya. Puasa yang diterima bererti juga seseorang itu sudah mencapai taqwa. Jika kita tidak bersedia dan bersungguh-sungguh kita hanya mendapat lapar dahaga dan letih semata-mata.

Ertinya puasa Ramadhan dapat melatih kita mendisiplinkan diri sebagaimana disiplin orang bertaqwa. Iaitu selain tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa, juga mesti memelihara anggota lahir dan batin dari melakukan dosa dan maksiat.

Seperti memasuki kem bina semangat, atau kursus tata negara atau sebarang kursus untuk meningkatkan kualiti, di bulan Ramadhan bererti memasuki kursus yang disediakan Allah supaya disiplin jasmaniah dan rohaniah sepanjang Ramadhan dibawa dalam mengharungi kehidupan pada 11 bulan yang lain.Begitulah sangat penting dan besar ertinya kedatangan Ramadhan kepada kita.

Bagi orang soleh telah menjadi tradisi bagi mereka berpuasa sejak bulan Rejab dan Syaaban sebelum Ramadhan. Itulah cara mereka bersedia menghadapi ketibaan bulan Ramadhan, raja segala bulan. Kedatangan Ramadhan bagi mereka adalah suatu yang sangat dinanti-nantikan dan berlalunya diiringi dengan rasa sedih dalam kesyukuran. Ramadhan juga mengingatkan kita agar selalu bersedia untuk menghadapi mati ketika kita masih hidup!

Khamis, 12 Julai 2012

CERAMAH PECUTAN AKHIR : TRANSFORMASI POTENSI DIRI MENARIK KEJAYAAN



Pada 11 Julai 2012 (Rabu), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (11.30 pagi hingga  1.30 ptg.) dihadiri oleh 100 orang pelajar tingkatan 3, berlangsung di Dewan Seminar Diskusi, SMK Tinggi, Batu Pahat, Johor.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengetua, Unit HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tinggi, Batu Pahat, Joho serta .semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.

Rabu, 4 Julai 2012

CERAMAH KEIBUBAPAAN SK SERI PANDAN, PT. RAJA, BATU PAHAT.


Pada 30 Jun 2012 (Sabtu), En. Mohd Daud Salleh telah dijemput sebagai Perunding Motivasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk : Transformasi Potensi Diri Menarik Kejayaan. Slot ceramah ini mengambil masa 2 jam (10.30 pagi hingga  12.30 ptg.) dihadiri oleh 100 orang ibu bapa murid tahun 4, 5 & 6, berlangsung di Dewan SK Seri Pandan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan Besar, YDP PIBG SK Seri Pandan dan semua guru yang terlibat, atas jemputan ini. Semoga pengisian yang disampaikan memberi banyak manfaat kepada semua peserta.