Sabtu, 26 Mei 2012

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : HOW SUCCESSFUL PEOPLE THINK



 Apakah perbezaan antara orang yang berjaya dan orang yang gagal?.  Ungkapan ini berusaha menjelaskan perbezaan utama antara orang yang berjaya dan orang yang gagal adalah pada cara mereka berfikir. Mereka yang berjaya adalah mereka yang 
selalu menggunakan kekuatan berfikir untuk terus memperbaiki hidupnya sehingga lebih baik.

Orang-orang yang berjaya ini adalah mereka yang memiliki cara berfikir positif. Cara berfikir orang yang berjaya adalah: 

Big picture thinking bukan small thinking 
Cara berfikir ini menjadikan mereka terus belajar, banyak mendengar dan terfokus sehingga minda mereka menjadi luas. 

Focused thinking bukan scattered thinking 

Sehingga dapat menghemat waktu dan energy, rintangan dan halangan dapat mereka atasi. 

Creative thinking bukan restrictive thinking 

Proses berfikir kreatif ini meliputi: think-collect-create-correct- connect. 

Realistic thinking bukan fantasy thinking 

Memungkinkan mereka meminimalkan risiko, ada target & plan, security, sebagai catalyst dan memiliki Kredibiliti. 

Strategic thinking bukan random thinking 

Sehingga simplifies, customize, anticipation, reduce error and influence other; dapat dilakukan. 

Possibility thinking bukan limited thinking 

Mereka dapat berfikir bebas dan menemukan solution bagi situasi yang dihadapi. 

Reflective thinking bukan impulsive thinking 

Memungkinkan mereka memiliki integriti clarify big picture, confident decision making. 

Innovative thinking bukan popular thinking
 

Menghindari cara berfikir yang awam untuk meraih sesuatu yang lebih baik. 

Shared thinking bukan solo thinking 

Berbagi pemikiran dengan orang lain untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. 

Unselfish thinking bukan selfish thinking Memungkinkan mereka bekerjasama dengan pemikiran orang lain. 

Bottom line thinking bukan wishful thinking
 

Berfokus pada hasil sehingga dapat meraih hasil berdasarkan potensi pemikiran yang dimiliki. 

SUMBER: THINKING FOR A CHANCE 
PENGARANG: JOHN C. MAXWELL 
PENERBIT: WARNER BUSINESS BOOKS (2003)

Ahad, 6 Mei 2012

BENGKEL BIMBINGAN INTENSIF INSAK DAN TEMUDUGA KE PISMP LEPASAN SPM




Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Salam Sejahtera, 

 Program Bengkel Bimbingan Intensif INSAK dan Temuduga ke PISMP kembali lagi dan kali ini kami adakan  di Dewan Mini KAAK, Batu Pahat, pada 05 Mei 2012. Bengkel ini memberi penekanan terhadap aspek utama untuk sukses dalam Ujian INSAK dan temuduga ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Terima kasih kepada warga pelaksana program dan peserta yang hadir. Semoga perkongsian sebegini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang. Bagi pihak My SmartGW mendoakan kejayaan anda semua. Salam sukses.

Sabtu, 5 Mei 2012

DARI MEJA "TANYA PAKAR" : PANDUAN RINGKAS UNTUK TEMUDUGA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) LEPASAN SPM

Assalamu'alaikum Wr. Wb.
Salam Sejahtera, 

Tahniah! untuk anda yang terpilih untuk temuduga ke PISPM ambilan bulan Julai 2012. Di sini saya kongsikan panduan ringkas sebagai panduan untuk temuduga.
Selamat berjaya.

Komponen Temuduga

Komponen temuduga merangkumi:

1.         Ujian INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
2.         Sesi Temuduga
3.         Menulis sebuah esei dalam Bahasa Inggeris (hanya bagi calon yang memohon
            kursus B. Ed TESL)

INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)

Calon guru mesti mempunyai ciri-ciri sahsiah yang positif dan yang terpuji untuk memikul tanggungjawab sebagai guru. Ujian komponen INSAK ini merupakan ujian bagi mengesan kesesuaian sahsiah calon untuk profesion keguruan.
Komponen ujian INSAK ini mengandungi gagasan soalan berhubung amanah, taat setia, ikhlas, dedikasi, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif, inovatif dan kawalan emosi.

Format Soalan Komponen INSAK

1.  Jumlah soalan: 135
2.  Masa: 30 minit
3.  Bentuk soalan: Soalan objektif dengan 2 pilihan

Persiapan :

1.         Sediakan fail sijil dan disusun mengikut keutamaan dengan didahului oleh surat tawaran temuduga, disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu disusun sebagai contoh peringkat kebangsaan dahulu, peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah.

2.         Mengisi borang yang memerlukan sebuah karangan untuk menyatakan sebab mengapa anda berminat dalam bidang kerjaya perguruan ini. Sediakan karangan yang sebaik mungkin dan selain menyatakan kenapa anda minat, sebut juga perkara-perkara yang menpengaruhi minat anda dalam bidang ini.

3.         Berpakaian yang kemas dan bercirikan seorang guru. Lebih baik jika memakai baju kemeja lengan panjang dengan bertali leher, tanda nama, tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Bagi perempuan pula, cuba berbaju kurung, bertudung atau berpakaian sopan dan kasut bertutup. Pastikan pakaian anda bergosok.

4.         Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.

5.         Bagi ujian INSAK, anda perlu menjawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan kerjaya perguruan ini. Berikan jawapan yang terbaik dan bersesuaian tetapi jangan mengambil masa terlalu lama pada satu-satu soalan untuk mengelakkan kesuntukan masa dan gagal menjawab semua soalan.

6.         Bagi sesi individu. Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang kerjaya keguruan ini. Penemuduga juga akan bertanya mengenai aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Jawablah dengan tenang dan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Mereka yang mengambilh pengkhususan Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam Bahasa Inggeris dan perlu menjawabnya dalam Bahasa Inggeris juga.

7.         Bagi sesi berkumpulan. Seramai 6 orang atau kurang akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi satu topik dan diiberi masa selama 1 minit untuk membuat persediaan. Seterusnya anda perlu mengutarakan hujah anda, kemukakan dengan yakin. Anda boleh mengemukakan hujah yang positif atau negatif kerana apa yang penting penemuramah hanya ingin melihat cara anda berkomunikasi.

8.         Jika anda mempunyai maklumat akan memudahkan anda berhujah dan menjawab pertanyaan dengan yakin. Oleh itu buat sedikit persiapan dengan membaca mengenai isu-isu semasa dan perkara yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.