Assalamu'alaikum Wr. Wb. dan Salam Sejahtera.
Apa azam anda menjelang tahun 2018?
Setiap kali apabila
menjelang tahun baru ramai yang akan menanam azam. Masing-masing
berhasrat ingin mencapai perubahan positif dalam hidup. Memang semangat
inilah yang diperlukan dalam diri setiap individu. Tetapi harus diingat
bahawa tahun tidak mampu merubah apa-apa dalam kehidupan kita.
Sebenarnya tahun ini dan tahun akan datang adalah sama sahaja. Apa yang
membezakannya hanyalah angka. Sebagai contoh daripada tahun 2016 ke
tahun 2018, ini adalah angka berubah. Perlu kita ingat angka tidak mampu
merubah apa-apa dalam hidup kita. Apa yang mampu merubah kita ialah
minda kita. Oleh itu untuk memastikan segala azam kita tercapai lakukan
perubahan minda. Nasib kita ditentukan oleh potensi minda kita sendiri.
Jika kita ingin tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, ianya
bergantung kepada apa yang sedang minda fikirkan sekarang. Oleh itu
menjelang tahun baru ini revolusi potensi minda amat penting untuk ke
arah mengarap kejayaan. “Whatever you’re thinking and feeling today is creating your future”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Barang siapa yang hari ini lebih buruk darpada hari semalam maka tiadalah kebaikan padanya …..”
Untuk
mencapai azam, kita perlulah fokus terhadap apa yang diazamkan agar
matlamat akan tercapai. Dan berdoalah pada Allah. Jika kita yakin dan
ikhlas insyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.
Masa lalu adalah kenangan
Masa kini adalah kenyataan
Masa depan adalah harapan
Ingatlah......
"WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk
kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan
tidak akan pernah KEMBALI".
Selamat Menyambut Tahun Baru 2018!.